Friday, November 13, 2009

KULIAH USTAZ SUBRI ARSHAD DI MASJID RIDZ WANIAH K. KANGSAR

TAJUK : HINDARILAH KEMAKSIATAN DAN TAATLAH KEPADA ALLAH S.W.T SERTA BERZIKIRLAH KEPADANYA

Dari Ummi Anas r.ha bahawa berkata ia : Wahai Rasulullah berilah wasiat kepadaku, berkatalah Rasulullah kepadaku : Tinggallah olehmu segala maksiat , dengan meninggalkan maksiat adalah seafdal hijrah dan peliharalah segala fardu kerana menunaikan segala fardu adalah seafdal jihad dan perbanyakkan berzikir kepada Allah, sesungguhnya engkau tidak akan datang kepada Allah dengan amalan yang terlebih disukai Allah ialah berzikir kepada Allah.


DOA RASULULLAH S.A.W UNTUK ANAS BIN MALIK R.A

YA ALLAH , PERBANYAKKANLAH HARTANYA,

DAN PERBANYKKAN ANAKNYA,

DAN PANJANGKANLAH UMURNYA,

DAN BERKATILAH UNTUKNYA

DAN MASUKKANLAH IA KE DALAM SYURGA.


Renungan : " Nafkanlah, wahai Bilal dan jangan takut dikurangi oeleh penguasa Arasy"

(Maksud Hadis)

No comments:

Post a Comment