Tuesday, November 24, 2009

BACALAH RENUNGLAH

Assalamualaikum,

Semua mengetahui dan menyedari bahawa hidup kita ini cuma sementara, namun selepas ini kita akan mati. Cumanya sering kita lupa tentang kematian itu. Namun yang pasinya '"SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI."

Dalam satu riwayat yang dimuatkan dalam Himpunan KIsah-kisah Malaikat ada menceritakan bahawa " ketika mayat sudah diletakkan di tepi kubur maka ia akan diseru dengan 3 panggilan".

1. Wahai anak Adam! Apakah persiapan engkau di dunia untu rumah yang sempit ini?
2. Wahai ank Adam! apakah kekayaan yang engkau persipkan untuk kefaqiran ini?
3. Wahai anak Adam! Cahaya apakah yang engkau persiapkan untuk menghadapi tempat yang gelap ini?

Marilah sama-sama kita menyuburkan rasa amat terpanggil untuk membuat dan mengumpul bekalan serta persiapan untu hari yang PASTI datang itu.

No comments:

Post a Comment