Tuesday, December 29, 2009

berkorban untuk Islam

adakah kita memahami tanggungjawab yang besar terhadap Islam yang mesti kita pikul sebelum kita menjawab persoalan di hadapan Allah s.w.t pada hari akhirat.....

Tuesday, November 24, 2009

BACALAH RENUNGLAH

Assalamualaikum,

Semua mengetahui dan menyedari bahawa hidup kita ini cuma sementara, namun selepas ini kita akan mati. Cumanya sering kita lupa tentang kematian itu. Namun yang pasinya '"SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI."

Dalam satu riwayat yang dimuatkan dalam Himpunan KIsah-kisah Malaikat ada menceritakan bahawa " ketika mayat sudah diletakkan di tepi kubur maka ia akan diseru dengan 3 panggilan".

1. Wahai anak Adam! Apakah persiapan engkau di dunia untu rumah yang sempit ini?
2. Wahai ank Adam! apakah kekayaan yang engkau persipkan untuk kefaqiran ini?
3. Wahai anak Adam! Cahaya apakah yang engkau persiapkan untuk menghadapi tempat yang gelap ini?

Marilah sama-sama kita menyuburkan rasa amat terpanggil untuk membuat dan mengumpul bekalan serta persiapan untu hari yang PASTI datang itu.

Tuesday, November 17, 2009

KULIAH USTAZ FAKARUDIN B DATO GHAZALI DI MASJID RIDZWANIAH KK . Selasa 17 Nov 2009

TAFSIR SURAH YAASIN

ANTARA ISI PENTING
1. HIDAYAH TERBAHAGI KEPADA 2:
a. hidayah akal
b. hidayah risalah Islam

2. Bersyukur kerana diberi kelapangan masa utk beribadah, menunaikan solat berjemaah menuntut ilmu dsb kerana jika kita diuji dgn kekayaan, pangkat, harta dan wanita , kita belum tentu boleh melapangkan masa utk beramal kepada Allah.

Friday, November 13, 2009

KULIAH USTAZ SUBRI ARSHAD DI MASJID RIDZ WANIAH K. KANGSAR

TAJUK : HINDARILAH KEMAKSIATAN DAN TAATLAH KEPADA ALLAH S.W.T SERTA BERZIKIRLAH KEPADANYA

Dari Ummi Anas r.ha bahawa berkata ia : Wahai Rasulullah berilah wasiat kepadaku, berkatalah Rasulullah kepadaku : Tinggallah olehmu segala maksiat , dengan meninggalkan maksiat adalah seafdal hijrah dan peliharalah segala fardu kerana menunaikan segala fardu adalah seafdal jihad dan perbanyakkan berzikir kepada Allah, sesungguhnya engkau tidak akan datang kepada Allah dengan amalan yang terlebih disukai Allah ialah berzikir kepada Allah.


DOA RASULULLAH S.A.W UNTUK ANAS BIN MALIK R.A

YA ALLAH , PERBANYAKKANLAH HARTANYA,

DAN PERBANYKKAN ANAKNYA,

DAN PANJANGKANLAH UMURNYA,

DAN BERKATILAH UNTUKNYA

DAN MASUKKANLAH IA KE DALAM SYURGA.


Renungan : " Nafkanlah, wahai Bilal dan jangan takut dikurangi oeleh penguasa Arasy"

(Maksud Hadis)

Tuesday, November 3, 2009

DIANTARA SEBAB-SEBAB KEBAHAGIAAN

1.Amal Soleh

Barangsiapa mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, (an-Nahl :97)

2. Isteri yang solehah
.......Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dari keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)........(Al-Furqan : 74)

3.Rumah yang luas
" Ya Allah. lapangkanlah rumahku untukku"

4. Penghasilan yang baik (halal)
" Sesungguhnya Allah Maha Baik dan Dia tidak menerima kecuali yang baik-baik"

5. Akhlak yang baik dan saling mencintai sesama manusia
Dan dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada.... ( Maryam : 31)

6. Terhundar dari himpitan hutang dan tidak boros
..........dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebihan dan tidak puLA (KIKIR).... (Al-Furqan :67)

DUNIA TERLALU HINA UNTUK DITANGISI

Kebahagiaan adalah anda merasa aman atas diri, masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadap qadha dan qadarNya serta diiringi dengan sikap qana'ah dan sabar.

Sunday, November 1, 2009

KESYUMULAN ISLAM

"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada Kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu" (Surah al-Ma'idah 5:3)

TAQWA

Firman Allah s.w.t di dlam Surah Al-Baqarah 2 : 1-2

"Aliff, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnaya) ; ia pula menjadi petunkuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa".

Maksud ayat :
Taqwa ertinya : memelihara atau melindungkan diri dari sesuatu yang ditakuti atau yang dibimbangkan. Bertaqwa kepada Allah ialah memelihara diri dari sesuatu yang membawa kepada seksa dan kemurkaan
Allah, dengan menjalankan undang-undang peraturanNya serta hukum-hukum perintahNya.